Thursday, February 11, 2016

F R I E N D S 👭

Assalamualaikum.

Hye semua. This time miwa nak tulis pasal KAWAN. Sebelum tu miwa nak ucap terima kasih sesangat kat hana sebab sanggup buatkan header untuk miwa. Seriously comel sangat!

     Okay straight to the point, korang tau tak apa beza sahabat dan rakan? In my opinion la kan, kita boleh cari beribu, berjuta malah berbilion orang untuk dijadikan rakan. Tapi dalam berbilion juta tu tak semua akan ada dengan kita time susah or even senang sekalipun. To be honest, miwa sangat sangat sangat payah *okay tiga kali sangat tu* nak cari rakan yang boleh ngam dengan miwa. Betul laa apa yang my mom cakap waktu sekolah rendah kita senang nak cari kawan baik. Tapi bila dah masuk alam sekolah menengah, nak cari satu pun payah!

     Nak tau tak sebab apa? Mak miwa cakap time kita sekolah rendah dulu kita tak matured lagi HAHA. Lagipun kita tak pernah rasa susah. Semuanya happy story belaka. Bila dah meningkat dewasa, dah matang, banyakla dia punya cekadak kan. Jujur miwa cakap miwa tak pernah jumpa lagi kawan yang memang betul betul memahami miwa. Nak lari tajuk sikit la hehe. Bila dah rasa macam takde orang nak memahami, then mulalaa rasa nak bercinta bagai. Zaman form3 merupakan zaman paling jahiliah laa untuk miwa. Bukan apa, miwa nyaris nyaris, okay miwa ulang 'nyaris nyaris' pernah couple dengan mamat bunian ni. Selalunya orang cakap zaman form3 ni laa merenyam sikit. Gatai terlebih HAHAH! Tapi nasib baik laa miwa dapat masuk sekolah lain and dapat elakkan daripada jumpak dia.

     Alhamdulillah banyak ilmu yang miwa dapat kat sekolah baru tu (keris). Sebenarnya banyak je tarbiah kat sekolah lama tapi disebabkan miwa tak duduk hostel, tu yang jadi macam tak keruan tu hehe. Baru miwa paham pasal bab ikhtilat bagai. And mula dari situ laa miwa dah try kurangkan cakap dengan lelaki bukan ajnabi. Hanya cakap benda yang penting je tapi kekadang tersasul jugak. (sebab hobby miwa suka bahan orang hehe) Throwback time form4 teringat budak laki suka tutup lampu time prep. Rasa nak cucuk je dengan subcutaneous insulin kat tangan. Time tu jugakla miwa pernah tengking kat diorang. HAHA geram punya pasal. And kelas sebelah laa yang jadi tempat melepak sementara miwa especially tempat duduk Hana. Hehe sorry Hana. Kelas sebelah ni actually kelas akaun and aku takde la malu sangay sebab kelas diorang tak ramai laki. Korang boleh bayangkan tak kelas miwa ada 21 laki and just 9 perempuan! Huh nasib baik laa time form5 kelas miwa ada 10 je laki HAHA!

     Back to the main point, miwa just nak bagi nasihat *tu pun kalau korang nak ikut laa* carilaa kawan yang boleh bawa kita kepada perkara yang baik. Alhamdulillah sejak miwa datang smka banyak benda yang berubah tentang diri miwa seriously. Bukan nak cakap sekolah lama miwa tak elok, tapi miwa sendiri yang terikut dengan benda yang tak elok. Tapi serious diorang ni baik sangat! And miwa appreciate sangat sebab dapat kawan macam diba, tini, hana, nurin, fajad (semua budak baru haha). Budak lama pun walau tak berapa rapat sangat tapi seriously diorang sporting giloss! Jujur sejujurnya miwa suka sangat berkawan dengan diorang. I know memang susah nak cari kawan yang betul² ngam perfect dengan kita. But at least cari la jugak kawan yang boleh bawa kita kepada kebaikan. Yang tak ajak kita melakukan kemungkaran. Nauzubillah.

     Okay guys cukuplaa untuk entry kali ni. Harap korang dapat cari kawan yang boleh sampai syurga hehe. Majaz je tu. Thanks for reading!

Wednesday, February 10, 2016

Terlalu rindu

Assalamualaikum.

It seems a long time i do not write this entry. Dah berhabuk blog ni. Nak cuci guna besi dawai pun tak boleh nih. Actually saja nak throwback balik time belajar kat sekolah dulu. Terasa rindu kian bertaut kat sekolah tu. HAHA. Saja nak cerita kisah aku di SMKA Kerian a.k.a keris yang kini dah pun jadi sekolah ulul albab. Bangga dapat jugak bersekolah di sekolah yang title nye 'ULUL ALBAB' even bukan aku yang hafaz al-quran. Sejuk je mata memandang adik junior ni. Muka suci do.

     Actually aku bukan budak smka dari form1. Aku pindah sekolah ni pun sebab nak ambik science stream. Demi cita² aku nak jadi doktor *insyaAllah*. Aku sanggup pindah sekolah tinggalkan kawan aku. And that is the first time aku duduk hostel. Waktu first² masuk tu adalaa nanges kat belakang locker *cover takut orang nampak, dah form4 pun nak nanges, malu kat junior jer huhu*. Seriously memang susah nak berkawan dengan budak lama. Bukan susah apa, just diorang kebanyakannya dah ada group diorang sendiri. Takkan aku tetibe nak mencelah kan. Erkkk!

     After a few days, datang laa pulak budak second intake. Ni laa peluang aku nak dapat kawan kan. Coincidence, ada laa seorang budak baru ni nama dia Adibah. Dia ni dari sekolah Maahad jugak. And she's also satu dorm and satu kelas dengan aku. Usually kita mesti rasa kekok bila kawan dengan orang baru kita kenal kan. But, Adibah ni lain sikit. Kalau kita jenjalan dengan dia, ada je story yang dia nak habaq kat aku. So, takdelaa aku rasa macam 'krikk krikk' je bila dengan dia. To be honest la kan, Adibah ni memang cantik and kalau dah masuk kelas memang ramai laa orang beruang usha dia. One more thing aku suka pasal dia ni sebab dia memang kelakar. Aku ulang eh dia memang KELAKAR! Kalau satu hari tu tak buat lawak bodoh *upss sorry* memang tak sah. Kecuali kalau balik kampung laa kan.

     Bila time musim exam, aku and diba akan turun bilik prep. Sebab hanya bilik prep yang aman, sunyi dan damai untuk study. Kalau study kat dorm alamatnya memang tak sampai 10 minit dah tidur. Tapi yang peliknya, budak SMKA ni memang selalu study kat dorm. Only few students yang akan study kat bilik prep. (Tu pun rarely laa) Hanya seorang budak ni yang setia study kat bilik prep. Nama dia Fathini. My first appearance about her that she is very childish! Sungguh tak tipu HAHA! Memang patut laa sebab intro punya intro last2 dapat tau dia ni anak tunggal. Manja kemain! Banyak persamaan aku dengan dia. Antaranya selalu homesick, suka makan coklat dll. Kalau Adibah dia memang tak homesick sebab dia dari form1 memang duduk hostel. So kalau nanges lagi taktau laa kan. Mungkin kot HAHA.

     Pejam celik pejam celik dah masuk form5. Alhamdulillah kami bertiga dapat masuk kelas Bukhari. Kiranya ni kelas harapan sekolah laa. Actually aku sebenarnya rasa macam tak layak sangat dapat masuk kelas elite ni. Bukannya apa, aku rasa aku laa antara orang paling lemah dalam kelas tu. Tapi bila dipikirkan balik okay jugak aku masuk kelas ni. Dapatlaa aku bergaul dengan kawan yang pandai kan. And bila dah masuk kelas pandai ni, mula laa orang nak mengata. "miwaa dah sombong laa sekarang". "sapa laa kita ni kan. Tak layak kita nak kawa dengan orang pandai macam diorang". Ohh bencana tsunami apakah ini?! What the fish la. Come on laa beb. Takkan sebab aku dah masuk kelas pandai terus korang kata aku ni sombong laa, takboleh nak kawan laa. Aku kekadang tertanya jugak kat diri aku, memang sekolah ni kalau budak pandai tak boleh nak kawan dengan budak biasa ke. Huh biasa laa miwa lain orang lain punya persepsi tentang pemikiran. Ye idokk?

     Bila time kat sekolah pulak, mesti ada orang yang lalu lalang kat kelas kami. Selalunya diorang nak pergi tandas lalu kelas kami dulu. Kalau setakat lalu je takpe tapi ni tak. Nak tau apa? Ada laa mulut mulut orang bunian ni cakap "ehh macam lalu kat kubur laa!". Aku rasa nak bagi kickside je kat bunian tu. Okay bukan takat tu je, bila kelas kami bising mula laa kelas sebelah cakap shhh shhh bagai. Eyy kalau nak kencing tu pergi tandas laa. Aku bukan apa, senyap salah bising salah. Tah apa yang betul. Kalau diorang bising huh kemain! Tapi takpelaa tu memang ujian jugak laa untuk kami. Bak kata ustaz Abu "orang baikbaik ni memang selalu kena timpa ujian. Tu tanda Allah sayangkan kita. Allah nak uji kita sebenarnya". Tetibe rasa rindu dekat ustaz huwaaaaa!

     Banyak lagi sebenarnya kisah aku kat sekolah ni. Kalau nak cerita memang tak habis. Nanti aku cerita lagi untuk entry akan datang okay. Belum terlambat lagi kot aku nak ucap Gong Xi Fa Cai untuk semua rakyat Malaysia yang menyambut! And selamat bercuti semua.