Thursday, August 15, 2013

novel erti sebuah pengorbanan

Tingkatan 2 Novel Erti Sebuah Pengorbanan (soalan & jawapan bahagian D) komsas


Soalan 1 :
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak utama dan 3 perwatakannya .
Jawapan :

   Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin terdapat watak utama iaitu Iman Zulaikha dan pelbagai perwatakannya .
   
   Penyayang adalah perwatakan watak utama yang terdapat di dalam novel ini . Perkara ini dapat dibuktikan kerana Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.  Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

Selain itu,  pemegang watak utama ini juga seorang yang pemaaf . Buktinya , .  Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

Akhir sekali, berperwatakan gigih . sifat ini dapat dibuktikan apabila Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Soalan 2 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 persoalan beserta dengan ccontoh yang sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut .

Jawapan :
     Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu Novel Erti Sebuah Perngorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin banyak memamparkan persoalan yang dapat dijadikan rujukan.
    Pengorbanan adalah salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini .Perkara ini dapat dibuktikan apabila Yusri, ayah Iman Zulaikha sanggup melupakan hasratnya untuk berkahwin lain demi kebahagiaan anaknya .
   Selain itu, sikap pemaaf juga dapat dijadikan persoalan . Hal ini dapat dikukuhkan lagi apabila Iman Zulaikha memaafkan Linda yang menjadi dalang  dalam kejadian menyembunyikan diari miliknya yang berisikan teks pidato .

Akhir sekali , tugas dan tanggungjawab sebagai  guru  .Contohnya , cikgu Julia yang merupakan guru kelas satu dinamik sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar-pelajarnya.

Soalan 3 :
Latar tempat yang berlakunya peristiwa yang digambar dalam suatu cerita.Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan 3 latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat tersebut .

Jawapan :

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan dua iaitu Novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin telah diselitkan beberapa latar tempat .
Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman Zulaikha yang baru pulang dari sekolah , menceritakan hal PeiWei  iaitu kawan karibnya kepada nenek
Selain itu , Di tangga sekolah . Hal ini terbukti apabila Linda meminta Iman Zulaikha menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato .
Akhir sekali, Di kelas Tingkatan Satu Dinamik . Buktinya, Iman Zulaikha dimalukan oleh Linda dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu satu kumpulan dengan Iman Zulaikha untuk Tugasan Kerja Kursus Sejarah .

Soalan 4 :
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji.
  
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi kepada dua jenis, yakni golongan  biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kospembedahan Nadhirah.

Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda Ulu Tebrau. Masyarakat kampong dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya semasa menjayakan sesuatu majlis. Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli bekerja sambilansebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu.

Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Cikgu Khairani jugamemainkan peranan yang penting dalam novel ini kerana beliaulah yang selalu datang ke rumahNadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam masyarakat.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang Renggam.

Soalan 5 :
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Jawapan :
    Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin. Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat menghormati ibu, bapa, datuk dan neneknya. Dia tidak  pernah meninggikan suara terhadap mereka, malah berbicara dengan span dan tingkah lakunya juga menyenangkan. Begitulah juga sikap Iman terhadap rakan-rakan dan guru-gurunya.
     Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang bakal dipertandingkan. Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik.
    Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah berpisah, namun Imantidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat menyayangi Iman dan mengambil berat akan keadaannyameskipun anak tunggal mereka itu tinggal berjauhan

Soalan 6 :
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Jawapan
   Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin.Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah bersemangat waja demi mencapai impian. Contohnya, Iman telah bulat hati untuk berjaya dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, meskipun terlalu banyak perkara yang harus dikorbankan.
   Pengajaran kedua ialah kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang tua. Contohnya, Iman sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya meskipun mereka telah berpisah. Begitu juga dengan Yusri, bapa Iman. Yusri sering bertanya khabar dan mengunjungi mertuanya meskipun dia sudah bercerai dengan isterinya.
    Pengajaran terakhir ialah kita janganlah menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain.Contohnya, Iman tidak berdendam terhadap Linda meskipun Linda banyak melukakan hatinya selamaini. Malah, Iman bersedia memaafkan Linda asalkan Linda bersedia mengubah sikapnya



      ~ untuk perkongsian bersama :) ~